Monday, October 29, 2012

Meet my Bestfriend.

Assalamualaikum peeps! :)

Holla! hati ku sgt gembira and riang ria rayaa. Apa gua dah merepek ni bai? Har har tadi aku berjimba dgn kawan yg hampir dua tahun woo tak jumpaa. Rindu gila ! Namanya Nurshahadah.

Ni budak nya . Member Teknik Perdagangan, Johor Bahru.


Gua pusing-pusing satu KLCC tu sampai naik patah jugak la kaki aku melayan si Adah ni. hehe first sekali kitorang plan nak tgk wayang dulu. Then kitorang pun booking la Movie Ted. Cerita ni pasal anak patung yang boleh bercakap. Patung pun boleh bercakap ka? tapi gua layan je. but cerita tu byk na blue dia. Patung pun nafsu kuat mcm binatang woi. Ayat dalam tu pun bapak kasar woi. Rosak akidah. cehwah. kehkeh


Sebenarnya aku nak tunjuk gambar kitorang pergi berjimba, tapi faktor keadaan henpon aku tak mengizinkan, memang tak dapat la hendaknya. Ya salam! Hahah And then, after tengok movie tu, kitorang pun move on ke merata-rata kedai untuk cuci-cuci mata woi. Banyak kedai tengah buat sale. Mahu rambang mata aku taim tu. Cantik jugak woi baju-baju sane. Tapi memandangkan duit tak berapa nak mengizinkan, gua hanya pandang-pandang jela. Sadis ni. Takpe takpe, gua pendam je. Nanti gua bawak duit sebakul, dekat orang-orang kedai sekali gua sebat. kekeke *gebang*
Lepas tu kitaorang singgah kat kedai Vincci . Katanya nak beli kasut. Takpe, gua usha je. Adah je beli.

Inilah kasut yg aku usha tu. Bagi engkau tak lawa kan? Tapi aku rasa lawa. Lantak la kau nak kata ape ye dak? kakaka




Then, kitorang jalan-jalan lagi. Singgah sahur pula ke Coffee bean. Rehat sekejak. Kaki gua dah penat woi. Lenguh kot. Sambil-sambil tu aku order air blended Mocha. Pahit sikit la aku rasa. Tapi Adah ckp okay je. Lain tekak, lain rasa ye dak?

Ni air nya  :)


Minum-minum, and tekak pun sememangnya kering. al memang sedap la minum coffee ni kan. And aku pun mula tanya khabar berita dekat si Adah ni pasal member dekat Johor nun. Rindu weh dah lama tak jumpa. And now baru aku tau dorang macam mana sekarang. Ada yg banyak improvement sekarang ni. Alhamdullilah. Berjaya dah kawan-kawan aku sekarang. Rindu woi nak jumpa korang macam dulu lagi. Entah bila lah lagi aku nak jejak kan kaki aku lagi ke Johor nun. Nak pergi sane, tapi takde sape nak bawak. Alahai. Mimpi jela. Cerita punya cerita, tup tup termasuk bab member aku ni. Sedih weh bila dapat tau hal yg terjadi pada kau. Punya lama cerita tu, baru sekarang aku tau kan. Pandai korang simpan rahsia kan. Tapi aku tau kau camne. Kau mesti kuat hadapi semua ni kan. Aku harap sgt kau berjaya jugak walau camne dugaan pun menimpa kan. Yo yooo. Tangkap leleh pulak aku ni. Hahah Ape ape pun, Gua sayang kawan- kawan gua. Walau camne senget pun dorang, dorang tetap kawan aku. :)

*Gambar-gambar diatas semuanya bersumberkan : Googgle.com except gambar kawan aku tu. Sorry adah promote gambar hang. Heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...