Sunday, May 12, 2013

Result semester empat

Assalamualaikum penghuni blogger.

Yayyy! mood politik sudah berjaya dibuang. tapi sikit sikit mood tu kengkadang dtg jugak lah kalau si abang tetiba borok pasal benda tu. Memang takde kesudahan. Heh

Tapi sekarang ni aku taknak dah cerita pasal benda tu. Dah lapuk. Sekarang ni aku nak cerita pasal result aku.

Yaaa, aku nak cerita pasal result aku. Aku happy tersangat sangat lah happy woi! Hahaha Even result tu takdelah banyak mana, tapi aku bersyukur. Apa yg selama ni aku usahakan dan berdoa tak putus-putus, akhirnya Allah dah makbulkan jugak doa aku ni. Alhamdullilah. Ramai kengkawan aku yg berjaya. Tak lupa jugak Ili Farhana yg dapat 4 pointer. Bapak terer kawan aku sorang ni. Terkejut aku dpt kawan mcm hang. Hehe Pape pun Tahniah ya kawan!

Seperkara lagi, pointer yg sekarang aku dapat ni hasil usaha belajar sama-sama dalam bilik dgn roomate tersayang iaitu Nur Hasmira. Tanpa dia, aku rasa result aku pun ala kadar jugak. Hehe Dia banyak bantu aku kalau tak paham ke. Kitorang belajar sama-sama, aku tanya dia, dia tanya aku. Hehe Banyak lah perubahan aku dapat semenjak duduk sebilik dgn mira. Bersyukur sgt! Tahniah jugak lah kengkawan yg dapat anugerah dekan tiap tiap sem. Bangga dengan  korang yo! :D

Aku harap, result ni tak berakhir sampai sem 4 ni je. Aku nak berterusan sampai akhir sem. Aku nak banggakan mak ayah aku. Biarlah aku susah cemana pun belajar, asalkan dapat bahagiakan mak ayah aku and balas budi dorang dari kecik mereka jaga aku. Ya Allah, sedihnya lahai post gini. sobs sobs :(

Setiap sem pointer aku naik, ni pun hasil dorongan dari mereka yg banyak support aku. Aku pernah jatuh dulu. Ada subjek repeat beramai-ramai. Hahaha Tapi hasil aku push push usaha sampai dapat, aku naik balik sekarang ni. Tapi aku taknak bongkak dgn hasil yg aku dpt ni, nanti aku lupa diri and aku akan jatuh semula. Biar rendah diri, asalkan apa yang kita buat tu ikhlas ke jalan Allah. Aminn!

Pada kawan-kawan yg jatuh pointer tu, jangan sedih. Ada hikmah disebalik yg berlaku. Mungkin Allah nak uji kita kelak,sebab tu dia bagi ujian kita seberat tu. InsyaAllah, kalau kita usaha lagi keras and berterusan ke jalan yg betul, Allah bagi kita peluang untuk berjaya. Mungkin bukan sekarang, tapi masa akan datang. Usaha dan tawakal lah kepada Allah dgn berterusan. InsyaAllah. Allah maha Kaya dan Pemurah.

Last sekali, aku nak ucapkan pada Siti Syazana Mansor. Pointer engko pun naik kan. 3.36 gitu ye dak? ke aku salah. Haha pape pun, Tahniah kawan! Love you! 

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerananya - Ustaz Azhar Idrus

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...